Mengenali Mukmin Sejati

Seorang mukmin sejati dapat dikenal melalui sifat yang terdapat pada dirinya. Tentang hal ini Yahya bin Muadz r.a telah merumuskan tiga ratus tiga puluh sifat yang perlu ada pada mukmin sejati. Diantaranya ialah:
Hendaklah banyak malu.
Kurang gangguan
Banyak melakukan kebaikan
Tidak melakukan kejahatan
Jujur
Kurang bercakap
Senantiasa bekerja
Kurang melakukan dosa
Tidak berminat mendengar rahasia orang lain
Suka kepada kerja-kerja kebajikan
Menghidupkan silaturrahim
Tenang
Sabar
Sentiasa bersyukur
Sangat redha kepada Allah walaupun rezekinya selalu disempitkan
Kasih pada para sahabat
Sopan santun
Menjaga kehormatan diri
Belas kasihan
Tidak suka mengutuk orang lain
Tidak suka memaki hamun
Tidak suka mencela
Tidak suka membuat fitnah
Tidak mengumpat
Apa-apa yang dilakukan tidak tergesa-gesa
Tidak mempunyai sifat dengki dan khianat
Tidak ada sifat pendendam
Tidak sombong congkak
Tidak suka bangga diri
Tidak keterlaluan pada hal-hal dunia
Tidak suka berangan-angan
Kurang tidur dan banyak beribadat
Tidak mengharapkan pujian daripada orang lain
Tidak munafik
Tidak kedekut atau kikir
Tidak suka mencari kesalahan orang lain
Suka atau cinta kerana Allah dan benci kerana Allah
Rela akan sesuatu perkara kerana Allah
Selalu berbekal dengan taqwa
Tujuan hidup hanya satu, yaitu menuju akhirat
Suka berzikir
Kekasihnya hanya Allah
Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk akhirat.

Sumber: kakak97@hotmail.com

Ungkapkan pendapat Anda